Wednesday, 21 June 2017

Cara Mengatasi Masalah Bersin Teruk

Asslamaualaikum wbt.

Korang, siapa sekarang ada masalah, asal bangun pagi je korang bersin-bersin?

Asy pernah rasa dulu.

Ya, dulu! Sebelum kenal dan bercinta dengan Shaklee.

Keleklah sapu tangan ke sana sini, Asy dulu.
Siapa kenal Asy, mesti tau Asy best friend dengan sapu tangan sebab keep on bersin. Hari ni Asy bukan nak kongsikan cerita Asy, tapi nak kongsi kisah Puan Ayu Adyani, macam mana beliau berjaya keluar dari masalah bersin yang teruk dan masalah gastrik. 

Nak tahu apa yang beliau amalkan? Meh baca meh!

Assalamualaikum wbt. Saya Ayu Adyani Ab Rahman, berumur 33 tahun dan berasal dari Kota Bharu. Saya berkerja sebagai guru dan memilik 3 orang anak. Saya ingin berkongsi pengalaman saya mengidap sinus, migrain dan gastrik di tahap kritikal.

Antara simptom yang saya hadapi ialah bersin yang berpanjangan, bengkak muka dan migrain yang teruk sehingga muntah-muntah. Saya juga kerap mengambil cuti sakit akibat daripada penyakt-penyakit ini. Saya telah mengidap penakit ini sejak dari bangku sekolah lagi.

Untuk mengatasi masalah ini, saya kerap berjumpa dengan doktor, mengambilpain kller, PCM dan yang sewaktu dengannya. Saya juga pernah berjumpa dengan pakar neuro akibat masalah migrain yang teruk. Doktor hanya memberi saya ubat-ubatan, pain killer dan ubat sinus pula perlu kerap diambil ketika sinus menyerang.

Saya mula mengenali Shaklee ketika kelahiran anak ketiga ketika hadir ke sebuah kelas nutrisi anjuran Shaklee. Pakar nutrisi dalam kelas telah menjelaskan serba sedikit tentang kepentingan mengambil supplemen tambahan Shaklee. Pulang dari kelas nutrisi, saya mula membuat kajian tentang Vivix, Polifenol, resveratrol dan juga antioxidant.

Saya mula mengamalkan Vivix sejak kelas nutrisi tersebut dan mengambil sekurang-kurangnya 2 sudu sehari dan kadang-kadang lebih kerana rasanya yang enak. ANtara produk Shaklee yang turut saya ambil ialah ESP, Vita Lea,Garlic Complex, B-Complex, Omega Guard, Vita-C, Alfalfa, Ostematrix, Lechitin, Herb Lax, GLA Complex dan Vita-E.

Di awal pengambilan supplemen-supplemen ini, saya mengalami 'healing crysis' yang agak teruk seperti muka menjadi sembap, pening dan demam yang teruk selama seminggu. Setelah beberapa minggu, saya mula perasan jerawat batu mulai kecut, muka semakin OK, parut-parut semakin pudar dan tidak lagi didatangi selesema.

Kini setelah 2 tahun, Alhamdulillah saya tidak lagi didatangi sinus dan tiada lagi rekod MC akibat sinus. Migrain dan gastrik saya juga semakin berkurangan dan bebas daripada pain killer dan PCM. Yeay!! Dah dua tahun tak sentuh PCM. Saya masih lagi konsisten mengamalkan supplemen-supplemen ini dan sudah tidak terkira berapa bilangan Vivix yang saya telah ambil.

Pesanan saya kepada anda ialah jaga kesihatan sebaik mnngkin dan berikhtiarlah dengan cara yang paling selamat. Amalkan makan supplemen sebelum datang penyakit yang tidak diundang. Saya sangat berpuas hati dan berazam untuk membantu mereka yang ada masalah sama dengan saya untuk mencuba ikhtiar dengan Vivix dan supplemen lain juga. Kesihatan adalah nikmat yang perlu disyukuri dan dijaga! Bila sihat, apa yang kita lakukan akan menjadi lebih bererti dan cemerlang!

Terima kasih Allah kerana telah menemukan saya dengan produk hebat ni. TQ juga kepada pakar nutrisi yang memberi penerangan dan terima kasih juga kepada encik suami yang banyak memberi seokongan. Terima kasih buat ahli keluarga dn kawan-kawan. Lurve uollss..

Kredit:
OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 7: AYU ADYANI AB RAHMAN

Asy yang baca pun rasa teruja dan seronok. Sebab Asy pun pernah mengalami masalah sinus juga cuma alhamdulillah tak sampai teruk macam Puan AYu ni. Asy setakat mengalami migrain dan bersin-bersin sahaja, tapi tu pun dah azab.

Takkan nak selamanya simpan penyakit, kan?

Kami sudah membebaskan diri dari sinus dengan Shaklee.

Anda bila lagi?

Boleh roger Asy di 014 851 6241 untuk sebarang pertanyaan tau.

Luv,
Asyrafiah Sabri
Bekas Pesakit Sinus

Lets Tour To Singapore!

Assalamualaikum wbt


Hari tu dah bawa travel ke Syria kan?

Hari ni Asy nak bawa anda travel ke Singapore pula. Negara Merlion. Dekat-dekat aje. Masa Asy pergi Singapura ni, Asy umur 20 tahun. Pergi seorang diri. Ada dua perkara yang membuatkan Asy pergi ke Negara Singa Putih itu.

Pertama, melawat teman baik Asy yang diuji dengan kanser thyroid. Kedua, membawa hati yang luka beb! Hahaha! Bila fikir, bestnya dulu. Merawat hati terbang ke Negara lain. Kalau dulu boleh, kenapa sekarang tak boleh, kan? Sekarang dah berdua, mesti lagi seronok pergi ke Negara orang, mencipta memori indah. Gittew!

Okay, gambar-gambar yang Asy akan kongsikan ni adalah gambar 2010 ye. Mungkin ada beza, mungkin ada yang stay cool. Hehe

Masa ni dalam bas. Ada rasa terkejut sikitlah sebab tak nampak yang bertudung, kan.. Hehe

Nak naik MRT ke Geylang. Yuhhuuu

Geylang

Tempat pertama Asy pergi ialah Geylang. Geylang ni menjadi kegilaan Asy sebab Asy gila jubah. Bayangkan, jubah yang simple dengan warna-warna yang menarik hanyalah SGD 15, bersamaan RM 30 sahaja ye. Masa tu dalam SGD 1 bersamaan RM 2.00. So, syoklah sikit belanja. Meh cuci mata apa yang ada di Geylang ni.


Tengok baju-baju macam biasa je lah dekat mall Malaysia kan. Sekali harga dia double da dari Malaysia.

Makan nasi beriani ayam. Lain sikit dari Malaysia. Kuah dia pekat tapi sedap yakmat.

Asy & Zunairah


Singgah solat di sini

Esplanade

Bentuk bangunannya unik, ala-ala durian belanda gittew. Kehkehkeh. 

Dalam tu ada mall, ada bar, ada library. Masa tu peghak (jakun) lagi library ada café hipster sebab kat Malaysia tak jumpa. Sebab selalu pergi Perpustakaan Negara Malaysia, café dia dekat bahagian bawah, means bukanlah sebelah menyebelah macam dalam Esplanade ni. Kira mesra library gitulah konsep café dekat library Esplanade ni.

Bergambar dekat mural dinding.

Library Esplanade. Penuh buku bahasa cina saja!

Esplanade dari luar

Me and my girl

Kugiran depan Esplanade



Merlion

Si singa putih yang mana orang wajib bergambar. Ini mercu tanda bagi Negara Singapura tau!

Depan Merlion.


Dekat Jalan Bugis


Mall Jurong West

Memandangkan Zunairah (bff Asy) tinggal dekat Jurong, maka kami pun jenjalanlah dekat mall situ. Tak jauh beza dengan Malaysia but still ada yang tak ada di Malaysia tapi ada di Singapura.




My favvy 





Jalan-Jalan Cari Makan

Asyrafiah tanpa makanan umpama badan tanpa nyawa. Amboih! Hahaha. Disebabkan Asy memang tak tolak makanan, jadi banyak tempat makan best yang Zunairah bawak Asy untuk cuba.

1- Pasta Maniac

Memang gila kat sini! Siapa yang suka makan pasta macam Asy memang rasa heaven gila wey! Kalau kita makan di hotel kan, dia tentukan okay, pasta Penne sesuai dengan kuah Bolognese & cream carbonara sahaja. 

Tapi berbeza dengan Pasta Maniac. Kau pilihlah bentu apa pasta yang ada, matchkan dengan kuah apa yang ada. Dengan rasa cheese dia yang mencair dalam mulut. Ya Allah! Tergugat iman!

My favvy Carbonara with Cheese!



2- Chewy Junior

Seperti namanya, chewy junior ni memang chewy. Donut yang chewy, intinya di luar bukan di dalam. Manis, masin semua ada. Selain daripada hantu pasta, Asy juga hantu cheese. Sampai Mr Fikri kalau lalu tempat cheese dia cakap, “Sayang, hidung sayang bau something tak?” Sebab dia samakan Asy dengan tikus!

Okay, memang sedap. Harga pun kalau kita pegang SGD rasa macam shopping kat Malaysia lah. Tapi kalau tiba-tiba otak rajin nak convert SGD ke Malaysia, macam nak menangis jugaklah mengenangkan double dari Malaysia.



I choose Cheddar dengan apa tah lagi satu.

3- Carrot Cake

Sampai sekarang Asy tertanya-tanya. Carrot Cake ni diperbuat daripada apa? Rasanya Zunairah dah bagitau dulu, tapi Asy yang dah lupa. Its’ already 7 years since I had being there. Rasa dia sedap. Ni makanan pertama hari terakhir Asy di Singapura. Sebelum Asy berangkat balik. Gigih ikut Zunairah ke sana sini sebab nak berjalan punya pasal. Yang best tu, Zunairah kuat walaupun beliau dalam tempoh chemotherapy masa tu.  Rezeki Asy lah dapat berjalan.

Asy cuba Black Carrot Cake

Bahan-bahan pembikinan Carrot Cake



Tadaaa! The black one yang Carrot Cake. Sebelah tu Nyrah buatkan macaroni heese rasanya. Yummehhh!


4- Old Chang Kee

Dia macam kalau kita kat pasar kan orang jual bebola (Asy call bebola yang kat pasar tu, “cucuk-cucuk”), kuih-kuih sikit. Old Chang Kee ni Asy perasan ada di KLCC, tapi bila Asy nak beli something sebab rindukan Singapura, tengok menu dia tak sama, so I refuse. (Demand!)



Sabar ye sabar. Puasa oiiiii.


Disiplin Warganegara Singapura

Memang disiplin. Susah nak tengok sampah ke dinding berconteng ke. Dinding hancing ke. Dinding hancing ni ada di Malaysia dan Syria. Negara lain tak sure sebab belum pernah sampai (insya Allah lepas ni)

Di stesen bas mereka.


Nak naik bas pun beratur cun je ikut line yang ditetapkan. Kalau Malaysia, hurm.. Tolak-tolak itu satu kewajipan (sebab sebelum berkereta, bas dan KTM lah pengangkutan utama)

SDi stesen MRT beli tiket nak jalan-jalan.

Masa ni kagum gila dengan journey chart Singapore dalam MRT, sebab kat KTM tak ada. 2015 baru Malaysia buat cenggini pada KTM.

MRT diorang (kalau Malaysia, macam LRT lah) punctual gila! Tak susah nak dapat. Selang 2 minit, sampai MRT lain. So kalau kau terlepas MRT, tak ralat sangatlah sebab tak lama nak tunggu. Kalau MRT delay lama sangat tu biasanya ada kes Chinese bunuh diri dekat landasan MRT (Zunairah cakap).

Seronok, memang seronok! Dapat berjalan ke negara orang memang seronok. Tengok bezanya negara orang, budaya mereka, makanan mereka.

Insya Allah, habis je hutang PTPTN Asy, memang kuheret lakiku pusing serata dunia, insya Allah.

Doakan Asy, okay?

Tak sabar nak habiskan bayar hutang PTPTN sebab nak share dengan korang tips bayar duit PTPTN dengan BONUS SHAKLEE! Because I’m on my way to settle PTPTN dengan duit Bonus Shaklee.

Thanks for reading semua!

Luv,
Asyrafiah Sabri
Suka Travel dan Suka Makan

Tuesday, 20 June 2017

10 Cara Tradisional Merawat Kaki Merekah

Assalamualaikum wbt

Mempunyai kaki yang merekah, sama ada tumit atau buku lali cukup menyakitkan. Asy sendiri pernah mengalami masalah buku lali kering sampai tahap best nak dikopek, dan akhirnya berdarah-darah. Fuh! Memang sakit.

Siapa tak nak kulit licin macam ni kannnnn

Jadi meh Asy kongsikan apakah 10 bahan tradisional yang boleh kita gunakan untuk ucapkan goodbye pada tumit merekah.

1. Aloe Vera

Ramai yang kenal dan tahu khasiat si lidah buaya ini sebagai pelembut, kan? Sebenarnya, banyak khasita yang terkandung dalam Aloe Vera ini adalah untuk menjaga kesihatan kulit. Merawat kulit yang bermasalah seterusnya menjadikan kulit lebih sihat dari sebelumnya. 

2.Madu

Tahu tak yang madu ni berfungsi sebagai antiseptik dan anti-oksidan yang semulajadi, Jadi, madu ini berfungsi untuk hilangkan kesakitan yang berpunca dari kulit yang kering atau kulit yang merekah.

3. Pisang.

Ya! Tak salah baca pun deknon oiiiii. Dengan bantuan potassium dan vitamin yang ada dalam pisang membantu sebagahian besar organ dalam badan dan kulit menjadi lembap gittew. Mesti korang tak sangka, kan?

4. Minyak sayuran

Atau apa-apa jenis minyak (minyak dagu, minyak senyonyong tak termasuk ye). Paling senang. Sapukan pada tempat yang merekah tu setiap malam sebelum tidur dan sarungkan stokin. Dalam masa 3 minggu, anda boleh lihat kesannya tau!

5. Tepung Beras

Ada rekahan pada tumit kaki? Sapukan saja bancuhan tepung beras ini pada tempat yang merekah. Oh ya! tepung beras juga boleh jadi skrub untuk tanggalkan kulit mati tau. Kalau rasa nak ke SPA tapi dompet tak berapa tebai, moh le kita cuba!

6. Indian Lilac

Paling famous dalam kalangan masyarakat india, dikenali juga sebagai Neem. Fungsi dia sebagai anti-kulat, melembutkan kulat dan mengurangkan sakit tumit yang merekah.

7. Lemon

Keasidan buah lemon ini memang sangat piaw (kalau bahasa asben) nak bantu untuk hilangkan rekahan tumit. Asid kan dalam lemon tu. Faham-fahamlah fungsi asid.

8. Garam Laut Mati

Magnesium yang terkandung dalam Garam Laut Mati mampu menyah-toksin yang ada berjemaah dalam tumit yang merekah.

9. Petroleum Jelly

Kalau cakap Petroleum Jelly,ramai orang akan teringat Vaseline kan? Kandungan dalam petroleum jelly ni memang membantu sangat-sangat untuk memulihkan tumit yang merekah. Buku lali kering pun okay sangat guna.

10. Minyak Zaitun

Minyak zaitun pun bagus tau untuk masalah tumit merekah ni. Korang buang dulu kulit kering dengan pumice stone, lepas tu sapukan minyak zaitun pada tumit yang merekah atau kawasan kulit kaki yang kering.

Ini lah dia pumic stone tu. Ada di Watson & Guardian. Lazada pun ada tau.


Say NO pada Kaki Merekah dengan Shaklee.

Asy hanya guna 3 produk. 2 untuk cure dalaman dan satu untuk luaran. Asy mengalami masalah buku lali merekah, sampai tahap berdarah bila kopek (siapa suruh kopek kan? Gatal!)

1- Alfalfa - berfungsi matikan segala kulat-kulat dalam badan

2- Vita-C - membentuk kolagen untuk kulit

3- Herbal Blend - disapu pada kulit yang merekah. sapu dan sapu. Sekarang buku lali smooth je macam baby. Auch!

Terus Dapatkan Set Kecantikan Kulit Anda SEKARANG!

Ya! Sekarang! Jangan tunggu lagi. Boleh klik link icon di bawah ni kalau nak soppim sendiri. Kalau rasa renyah nak transfer-transfer bagai, haaaa memangs sesuai sangat-sangatlah korang klik terus icon bawah ni.
Siapa yang nak terus purchase guna Credit Card / Debit Card, boleh terus klik sini ya!


"Asy, kita nak suruh Asy belikan je lah boleh tak?"

Atau,

"Asy, kalau dah beli guna button atas ni, macam mana nak tau cara makannya?"

 Mai roger Asy dekat WhatsApp ya. Asy sedia menunggu dengan tangan terbuka. Klik je nombor fon Asy kat bawah ni,


"COD boleh tak Asy?"

Bolehhh. Asy COD ke 5 tempat berikut:
  1. Bandar Sultan Suleiman
  2. Port Klang
  3. Flat Seri Perantau
  4. Kampung Delek
  5. Rantau Panjang Klang
Tempat lain kalau nak Asy COD pun boleh roger tau!

Korang boleh get in touch dengan Asy melalui:
  1. Facebok, Asyrafiah Sabri
  2. WhatsApp
  3. Instagram, Asyrafiah Sabri


Saturday, 17 June 2017

Lelaki Bocor Rahsia Cara Hilangkan Kegatalan Pada Badan

Assalamualaikum wbt.

Post tentang Syria memang mendapat tempat di hati ramai orang ye.  Sekejap saja dapat 200+ pembaca. Terima kasih bagi yang meluangkan masa membaca coretan Asy.

Untuk contengan kali ini, Asy nak share tentang info kesihatan pula. Ingat tak kisah "garu" yang Asy dah tempelkan dua hari lepas? Kalau tak tahu kes garu tu, boleh klik di sini ya untuk baca apa kes garu tu.

Ini, Asy nak share tentang satu confession dari seorang lelaki.

Pengakuan apa tu?


Aku ni ada gatal-gatal dekat kulit. Takde lah lama, cuma dah nak masuk tiga tahunlah. Gatal ni bukannya gatal sepanjang tahun. Dia ada satu masa dia akan gatal. Satu masa tak gatal. Punca? Aku pun tak pasti kenapa gatal kat badan aku ni bermusim. Dah macam 4 musim pulak.

Tak cuba rawat? Gila kau aku nak bela gatal ni sampai bertahun-tahun? Krim, bermacam-macam krim dari farmasi. Cara kampung pun aku buat. Ayah aku bagi daun apa tah, suruh tenyeh pada kulit, buat hilang gatal katanya. Daun tu kena campur dengan minyak tanah. Sakit tangan menggenyeh je wey.

Kakak aku ni jual Shaklee. Tapi dia diam je lah, takde bagitau pasal Shaklee ni kat aku. Sampai satu hari aku rasa bosanlah, itu tak menjadi, ini tak menjadi. Aku tanyalah kakak aku, macam mana Garlic Complex, Alfalfa dengan Herbal Blend boleh matikan gatal-gatal aku ni.

Kakak aku kata, sebelum consume Shaklee kena ingat. Shaklee bukan ubat. Shaklee hanya vitamin, sebab kakak aku cakap, kalau ko makan Shaklee sebagai ubat nanti kang, kalau ambil masa yang lama nak elok balik, ko cakap Shaklee tipu.

Aku angguk-angguk je lah. Kakak aku dah terang pum pang pum pang, okaylah. Aku try je lah. Kot-kot boleh hilang gatal aku.

Tapi betullah yang kakak aku cakap. Shaklee bukannya ubat magik, ko telan terus hilang. Ambil masa. Sampai aku komplen, gatal je lagi kak. Kakak aku slambe je cakap, terus je makan. Konsisten.

Aku pun makanlah.

Aku rasa dekat sebulan setengah camtu, aku wassap kakak aku. "Kak, gatal-gatal aku ni dah kuranglah kak! Kan aku ada bekas kalau gatal tu, hilang jugaklah kak!" Sumpah aku excited!

Sampai harini, aku terus je makan Shaklee ni sebab bestlah kulit aku dah tak gatal. Aku tak jadi member pun. Aku pas je duit kat kakak aku, nanti dia belilah.

Oklah wey. Gerak luh pape roger. Aku tulis panjang-panjang confession ni sebab kakak aku paksa! Hahaha. Apa-apa pun, terima kasih kakak!

Set Apa yang Bro ni Consume Untuk Ikhtiar Gatal-Gatal Beliau?

Inilah setnya.
Alfalfa Complex, bantu badan kita buang toksin-toksin dalam badan, melawan alahan dan jangkitan kulit.

Garlic Complex, di dalamnya terkandung khasiat bawang putih yang mana secara semulajadinya memang bertndak sebagai antibiotik semula jadi untuk melawan jangkitan kulat.

GLA Complex, mampu kurangkan keradangan kulit seperti eczema, kulit kering, gatal-gatal, kurap dan panau kerana dalam GLA ni mengandungi Vitamin E dan minyak borage tau. Sebab itu kulat tak berani naik kat kulit kalau konsisten consume GLA Complex ni.

Untuk luaran, boleh sapu-sapu dengan Herbal Blend cream yang sesuai untuk semua lapisan usia, sama ada untuk bayi atau pun orang tua. Tak ada racun ye, jangan risau.

Jangan Biarkan Gatal-Gatal Anda Terus Melarat!

Jangan biarkan badan kita merana dan terus merana. Jangan!

Jadi, kalau awak memang nak sangat set ni, boleh terus order dengan klik icon bawah ni.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a8d73284b5d2d7a3251cd5fad424a476


TAPI...

Kalau awak order pada 15 hingga 18 Jun, Shaklee akan mula pos pada 19 Jun 2017.

Kalau awak order pada 20 hingga 27 Jun, Shaklee akan mula pos pada 28 Jun 2017.

Nak cepat? Asy boleh COD atau awak boleh self-pick up dengan Asy tau.

Call Asy di 014 851 6241 atau terus wassap Asy dengan klik SINI!




Friday, 16 June 2017

Syria : Rindu yang Tak Pernah Padam.

Assalamualaikum wbt

Haritu borak-borak dengan asben, pengalaman masa di Syria. Diizinkan Allah untuk sampai ke Syria pada tahun 2009. Lebih kurang 1 bulan setengah di sana, bermula 22 April 2009 hingga 2 Jun 2009. Allah pilih ke sana kerana Program Mukhayyam Arabi (Perkhemahan Bahasa Arab) di sana. Tak penah terfikir boleh sampai ke sana sebab semenjak 17 tahun lagi, Asy paling teringin nak ke Australia. Main lompat-lompat dengan rusa. Tengok bunga-bunga yang cantik.

Tapi betullah kan. Kita merancang, Allah merancang, tapi perancangan Allah jugalah yang terbaik. Kan?

Asy masa tengok balik gambar-gambar masa kat Syria ni, luluh sangat hati. Demi Allah! Betapa dulu Syria indah dengan senyuman, kini kelam dalam peperangan. Senyuman manis mereka kini indah menghiasi syurga nan abadi.

Jom kawan-kawan. Asy nak bawak kawan-kawan travel ke Syria sebelum dihancurkan tangan-tangan Israel laknatullah.

My First Flight to Oversea

First naik flight jauh, so dapatlah meals. Hehe

My meals.


Kedai-kedai di Syria

Tambang bas 80 sen pergi balik. Balik Malaysia, tambang RM 1.50 rasa merana sangat.

Souq Hamidi

Secara ringkasnya, Souq Hamidi ni tempat untuk membeli-belah. Jubah banyak sangat. Kualiti ada yang berkualiti. Ada yang biasa-biasa saja. 

Asy and the geng WAJIB pergi Souq lepas habis kelas. Sebab nak sampai ke negara orang, tak tau bila kan. Jalan puas-puas.

Harga tiket 80 sen sahaja. Tiket pergi balik tau. Tiket dari Jami' Abu Nour (tempat belajar) ke Souq Hamidiah hanyalah 80 sen Malaysia. Manalah tak pergi hari-hari, kan? Tiket murah je. Hehehe

Souq Hamidiah adalah tempat "lepak" Asy, Kinah and Kak Muna lepas habis kelas.
Pintu masuk Souq Hamidiah
Buzoh (aiskrim) pistachio. Kat Malaysia tak makan, kat Syria baru makan.

Pemandangan dalam Souq Hamidiah

Baju cantik-cantik.

Yang istimewanya, Souq Hamidiah ni asalnya bekas tapak peperangan. Kemudian, dijadikan Souq pula. Tapi sekarang, tak tahulah apa cerita. Sedih sangat.
Dengan geng-geng KUIS
Tugu Salahuddin Al-Ayyubi. Tak jauh pun dengan Souq ni.
 
Solat jangan lupa lepas sopping kat Souq.
 

Jami' Abu Nour

Tempatku menimba ilmu.

Kami kena ambil ujian dulu tau. Nak tentukan kami ni duduk darjah berapa. Kelakar tak kelakar. 

Nama je kat Malaysia dah masuk jami' (universiti) tapi sampai negara orang, nak belajar Bahasa Arab, turun jadi darjah.
 

Asy dalam kelas.

Kelas Asy terdiri dari pelajar-pelajar luar. Most of them from Turki. Kesian sangat tau dekat pelajar Turki.

Mereka dinafikan hak mereka untuk bebas menutup aurat, nak belahar agama pun kena jawab macam-macam soalan dari polis. Ni apa yang Asy tanya Soghir (nama seorang pelajar Turki yang sama kelas dengan Asy).

Kita yang bebas nak tuntut ilmu, bebas mengamalkan Islam ni hah, pun buat Islam lompong-lompong, tak secara total.

Jom Naik Jabal!

Jabal apa pun Asy dah lupa namanya. Kalau ada kawan-kawan yang ingat, tolong bagitau untuk Asy update info.

First time naik macam nak tercabut kaki.

Tapi kali kedua, kali ketiga. Slumber je dah naik. Seronok oooo.

Naik lori, jalan pusing-pusing. Macam naik roller-coster. Hihi
View dari puncak jabal. Cantik kan?

Ni geng satu rumah

Ini makam Nabi Zulkifli

Gambar ni beberapa hari sebelum balik, kami panjat jabal nak lepas gian. Lepak atas jabal. Rindu!

Yaum Asy-Syuhada' (Hari Memperingati Pejuang Agama)

Kalau di Malaysia, kita ada hari yang mengingati pahlawan negara kan? Tapi tak cuti.

Dekat Syria, susahlah nak ada cuti-cuti event macam kat Malaysia. Tapi, mereka memang cuti sempena syahidnya para syuhada' yang membela agama.

Sepanjang Asy di sana, tak pernah hujan. Tapi dengan kekuasaan Allah, hari Yamul Syuhada' ni hujan. Mendung sikit sebelah pagi lepas Subuh. Kami pun jalan-jalan ke kubur para syuhada' tau.

Best!

Kalau di Malaysia ni, kalau kau cakap nak jalan-jalan pergi kubur, semua orang cakap kau gila. Silap-silap, viral kau nanti.

Dekat kawasan kubur para syuhada'. Cuba baca "amaran" pada batu nisan yang depan sekali tu.

Ini kawasan kubur Saidatina Fatimah. Kawasan S (Syiah). Kami tak sebut Syiah terang-terang sebab takut kena tangkap dengan depa di sana.

Jom ke Busrah.

Kalau tak salah, ini adalah Busrah. Asy pun lupa dah nama tempatnya ya Allah.



Ini toilet tau.
Tempat mandi ala-ala shower la bahasa kita.




Kolam Mandi Nabi Ayub

Inilah kolamnya.
Dharih tu maksudnya mayatnya Imam Nawawi tu ada ditanam di situ.
 
Nampak tak bukit tu? Itulah tempat laknatullah "parking".
 

The Theater of Bosra (Teater Busra)

Macam colloseum la gitu. Besar dan tinggi dan I is gayat!

Tapi sebab nak bergambar, kutahankan jugak gayat tu.
Gayat aihhhh
Rindu dekat semua!

Amboiiiii. Menung apa tewwww.

Castle of Salah ad-Din (Istana Salahuddin)

Kawasannya besar dan luas. Ala-ala kubu peperangan pun ye jugak sebab banyak sangat tempat curam.

Istana kat Malaysia tak pernah masuk, kita masuklah bekas istana dekat Syria.

Peta di kawasan Istana Salahuddin. Besar gila dan banyak tempat curam.

Tengok bawah, curam kannnnn?

Huishhhhh tingginyaaaa

Lenguh kaki nak naik masuk ke dalam. Tinggi yakmat!
Eh eh. Cantiknyaaaa. Siapa ni? Eh?



Tak berani nak tengok bawah. Takut tiba-tiba hilang pertimbangan, terjatuh ke bawah.

Point ni memang orang berebut nak ambil gambar. Bila nak kurus balik macam ni ye? Eh?






I love scenery kat Syria. Cantik. Tenang. Orangnya pun baik-baik. Peramah.

Asy pernah masa balik dari jami' (masjid) lepas Isyak dengan Kinah, kami dikejar oleh seorang lelaki. Kinah cakap lelaki tu nak buat benda yang tak elok pada kami. Takutnya masa tu, nak balik pun takut tak tau macam mana. Allah je tau.

Asy dah nak menangis pun ya. Sebab takut kan. Tapi Kinah rilex je walaupun dia takut jugak. Alhamdulillah kami berjaya meloloskan diri dari lelaki tu.

Bila tengok balik pemandangan-pemandangan yang cantik ni, hati dipagut sedih dan marah.

Manusia dilahirkan dengan kasih sayang. Kenapalah peri lakunya ibarat binatang? Tak seronokkah ada pemandangan yang cantik atas muka bumi Allah?

Tak seronokkah bila kita hidup dalam kedamaian sampai perlu dimusnahkan kedamaian tu?

I Heart Syrian Food

Masa di Syria, hari-hari kami masak lepas balik kelas. Masak makanan Malaysia lah. Beli beras Siam.

Awal-awal sampai Syria, nak beli groceries pun takut. Bukan takut apa, takut nak communicate dengan orang-orang di sana.

Yelah, cakap Arab kot. Dahlah tak terel cakap Arab, keleklah kamus ke sana sini. Asy lah tu yang paling tak terel.

Most favvy, Mandy Chicken. Sebab tu bila sampai Malaysia, I keep hunting Mandy Chicken mana yang best dan rasa dia sama macam kat Syria.

So far, pernah rasa 1 kedai Arab kat Serdang memamg piaw rasa dia.

Paaaaaaling suka, Mandy Chicken!

Selain tu, makanan utama di Syria adalah berasaskan tepung.

Roti pizza, murah je wey macam RM 1.50 lah duit kita, tapi rasa dia memang Im loving it! Tak tipu!

Everyday otw nak ke jami' (tempat belajar tu) memang Asy rembat roti pizza & roti coklat ni sebagai bekal.

Kami kelas tengah hari. Pagi kelas al-Quran. Pastu balik. Pastu tengah hari kelas Bahasa Arab.

Roti ni dan pizza. My favvy. Tapi tak amek pun gambar pizza.

Burger dia besar weyyyyy! Macam tercabut mulut nak makan.

Cenderahati Bawa Pulang ke Malaysia.

Dah sampai negara orang, mesti beli some two things kan bawa balik.

Buah tangan katanya.

Di mana-mana pun, emas tetap digilai.

Souvenirs. Cantik, kan?

Manisan. Memang manis dan sedap. Baklavaaaaa sedapnyaaaaa


Comel kan gegula dorang? Rasa macam nak angkut semua plastik gegula dorang ni. 😂😂😂

Farewell Syria.

Masa nak balik rasa seeeeedih sangat. Tak tipu!

Asy batch pertama yang Lembaga Zakat Selangor sponsor sepenuhnya (tiket, fees belajar di sana). Kami hanya perlu bawa duit poket saja. Buat beli cenderahati. Buat beli kitab.

Dapatlah sambar kitab Fiqh Manhaj dekat sana yang size poket. RM 80 dapat 1 set (3 jilid). Kalau kat Malaysia, 1 jilid RM 150 tau.

Tudung putih tu tuan rumah kami menyewa. Baik sangat orangnya. Bila kami bagitau kami dah nak balik, menangis-nangis beliau. Sedih sangat macam kami ini keluarganya. Apa yang Asy ingat, beliau pernah cakap, di depan Ka'abah saya sudah doakan kamu semua (beliau pergi umrah). Baik sangat hatinya. Doa untuk sesama Muslim, tak pernah berhenti.

Guru Besar Jami' Abu Nour. Jameelah jiddan!

Kawan-kawan yang belajar Bahasa Asing.

Di Airport Syria.


Kuterbang tanpa sayap di langit-Nya.

Meals masa balik

Arrived safely at KLIA.
Sedih. Tengok senyuman mereka. Tak sangka itulah kali terakhir jumpa mereka. Semoga Allah sentiasa melindungi mereka. Jika mereka sudah tiada, semoga Allah menempatkan mereka di syurga yang menggembirakan.

Rindu yang tak pernah padam, Syria.