Sunday, 23 July 2017

Catatan Raya 2017


Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum wbt.

Syawal bakal melabuhkan tirainya 2 hari lagi. Alhamdulillah, tahun pertama beraya sebagai isteri. Merasalah tak beraya dengan adik beradik (sobs). Merasalah beraya secara backpack. Merasalah makan makanan yang tak pernah makan sebelum ni.

Bila beraya sebelah suami, alhamdulillah seronok orang tak tanya,

"Bila nak mengandung?"

Tak ada langsung dapat soalan macam tu which make me more enjoy my raya tau!

So, Asy nak tempekkan gambar sebagai kenang-kenangan.

Team Raya Perlis

Bersama Tok Yam, nenek sebelah Abah.
Tok Yam's Generation.
Mini reunion dengan kawan-kawan DSPI A. Tunggu kat Perlis jugak baru jumpa eh korang.



Sayang korang.

Team Raya Klang


My Bff (Dayu) dan anak-anaknya.

Tahun 2017, alhamdulillah 11 orang ahli keluarga.

Family sebelah ayah. Mak Teh & Pak Teh.

Family sebelah mama. Mbah Idok, Cik Wa, Cik Lan, Cik Ja & De Yah.

Warga Taman Kembara.

Baraan Sekolah

SRAKD buat baraan sekolah. Baraan tu maksudnya beraya secara beramai-ramai dari rumah ke rumah.

Nama guru yang tersenarai diwajibkan menerima kehadiran guru-guru yang lain. Paksa rela lah gitu konsepnya. Bukan seperti konsep open house, maksudnya siapa yang nak buat, dia buat.

Dah jadi budaya untuk melaksanakan baraan di SRAKD. Tak pergi, kena buat surat tunjuk sebab katanya. Tapi kalau managment yang tak pergi, tak apa. Kebal undang-undang katanya.

A thing that I really hate, when the managment of school treat us like a kid! Pffttt.

Vroom Vroom. Jom pegi baraan.

Baraan Rumah Pertama warda SRAKD

Rumah ke berapa pun tak ingat dah.
Rumah Taukey Lembu. Sedap oooo sup tulang, tu yang muka terus jadi boolat. Masa ni, bawa husband dan Husna (adik bongsu Asy) sekali.

Raya tahun ni seronok sikit sebab ada geng (husband lah). Asy seketoi wanita yang nebes nak drive sensorang jauh-jauh. Jadi, banyak open house yang kami redah even jauh ke KL sebab ada waze dan sebab husband drive and temankan. Kehkehkeh.

Kalau tahun lepas, masa raya tu pun macam dah serabut-serabut prepare barang-barang nak kahwin.

Okay, ini sajalah dulu coretan Asy untuk pengalaman raya tahun 2017. Tahun depan, mana tahu ada rezeki raya bertiga ke berempat ke kan. Hehe

Adios semua. Thank you for reading this!

Friday, 21 July 2017

Bagaimana Mengira Zakat Pendapatan bagi Penduduk di Selangor.


Assalamualaikum wbt.

Kelmarin dok sembang-sembang dengan suami tersaiyyang pasal gaji. Maka, keluarlah topik zakat pendapatan. Disebabkan kami suami isteri memulakan karier kami tahun 2016 secara rasminya.

Maka, apa lagi. Bergegaslah Menteri Kewangan FF (iolz lew) pergi track balik gaji husband berapa. KWSP beliau berapa. Sebab kerja yang sebelum ni, gaji dia tak fix.

Teruslah Asy buat catatan nak kira gaji husband dan gaji Asy, cukup nisab tak nak keluarkan zakat pendapatan. Ni kisah baru nak kira zakat pendapatan 2016 tau. Haiyyak!

Kemudian, Asy pun bukalah Kalkulator Zakat Pendapatan secara online di laman sesawang Lembaga Zakat Selangor. Sekali bila nak isi, adalah satu, dua, tiga benda yang Asy tergaru-garu kepala sampai senget tudung sebab tak tau nak buat macam mana.

So Asy kol hotline LZS (boleh tengok dekat bahagian bawah sekali di laman web LZS).

Jadi, Asy terangkan dengan ringkas dan padat, okay?

First Step.
Okay, nampak kan gambar di atas ni? Kalau tak nampak, terus Google LZS dan cari Kalkulator Zakat.

Untuk first step, kita kena isi kesemua sumber pendapatan kita.

Contoh, pekerjaan Asy, Master Coordinator dan income bulanan RM 35,000.

Dalam masa yang sama, kita ada buat sewa rumah 5 biji, yang mana kita dapat untung RM 5,000 sebulan.

So, darabkan saja semua dengan 12 (untuk kiraan zakat setahun)

Second Step.

Lepas kita dah himpunkan pendapatan kita berapa, maka kita perlu isi juga tolakan had kifayah. Had kifaya bermaksud had keperluan kita secara tahunan. Boleh rujuk gambar di bawah.

Situasi untuk kiraan zakat suami. Suami perlu isi apa yang ditanggung. Contoh bilangan isteri berapa, bilangan anak mengikut peringkat umur. Dan juga had kifayah tambahan. Had kifayah tambahan ni maksudnya tanggungan tambahan yang ditanggung suami seperti kos tahunan bagi anak yang cacat, atau pesakit kronik atau kos penjagaan anak.

Kalau tengok betul-betul pada rajah di atas, untuk tanggungan DIRI tu, pihak LZS memang dah tetapkan nilai tanggungan untuk diri sendiri ialah RM 10,750 (tahun 2017).

Bagi isteri yang berkerja pula, hanya perlu tolak tanggungan untuk DIRI sahaja. Sebab lazimnya, anak-anak di bawah tanggungan suami. 

Third Step.

Isikan junlah tolakan KWSP setahun.

Oh ya, kalau ada buat auto-debit setiap bulan untuk simpanan Tabung Haji pun, isi sekali tau amaun yang ditolak untuk setahun, sebab amaun ni tak termausk dalam kiraan zakat tau.

Auto-debit saja, ya. Kalau tiap-tiap bulan masukkan sendiri dalam Tabung Haji, tak dikira sebagai Simpanan Tahunan Semasa LTH tau.

Boleh rujuk gambar untuk lagi clear.


Kalau ada tak faham apa-apa, korang call je hotline LZS. Insya Allah staf yang sangat mesra sedia membantu menerangkan dengan sabar pada korang. Kihkihkih.

Akhir kata, jangan lupa. Harta yang kita ada ini, ada bahagian orang lain. Jangan lupa letakkan hak pada tempatnya. Cukup nisab, zakatkan hartamu. Jika belum cukup, peruntukkan bahagian untuk disedekahkan.

Luv,
Asyrafiah Sabri
Nak Kaya, Jangan Tinggal Zakat & Sedekah.

Wednesday, 19 July 2017

5 Tips Bangun Pagi dengan Cergas


Assalamualaikum wbt

Bangun pagi dengan keadaan yang lesu, longlai, lemau adalah perkara yang tak best bagi kita semua, kan?

Macam mana nak best, sebab bangun pagi tu lah menentukan mood kita hari tu.

Kalau bangun lesu, terkejar-kejar nak buat breakfast, Subuh pun lewat, maka kita dah memulakan hari kita dengan tak best. Serius Asy cakap.

So, Asy nak share few tips yang Asy amalkan, dan memang alhamdulillah sangat-sangat membantu Asy boleh bangun awal dan start my day to settle down kerja-kerja rumah.

1 # Buat Senaman Ringkas pada Waktu Petang.

Kalau mampu berzumba, lagi bagus.

Kalau tak larat, buat senaman ringkas-ringkas je contohnya buat sit-up 5 kali ke. Lompat bintang 10 kali ke.

Jangan malas-malas tau mal senam. Kalau tak, nanti badan lesu bila peluh tak keluar dari badan.

Badan pun rilex je tak diregangkan.

2 # Jangan Makan Makanan yang Berat 2 Jam Sebelum Tidur

Sebab apa tak boleh?

Masa sedang tidur, badan kita ni nak proses apa yang perlu untuk dibuang bangun pagi esoknya. Bila kita makan sebelum tidur, maka kita bagi kerja tambahan pada usus, means usus kena kerja kuat untuk proses makanan-makanan yang baru masuk.

Usus penat tau! Tak sayang usus ke?

3 # Tidur Hari Ini, Bangun Esok.

Atau kata singkatnya, tidurlah awal. Sebelum jam 12.00am tu, mae sure kita dah tidur.

Asy ingat, lecturer Asy, Ustazah Sarah pernah pesan, malam bukanlah masa untuk kita nak struggle study, sebaliknya malam adalah masa untuk berehat. Antara yang Asy cuba amalkan dari masa study sampai sekarang.

Kalau dah ada baby tu lain ceritalah tauuuu.

4 # Konsisten dengan Ostematrix.


Antara kebaikan Ostematrix ni, dia bantu untuk betulkan balik otot-otot yang tegang masa kita tidur.

Ostematrix ni juga, dia bantu jaga kepadatan tulang tau, sesuai untuk orang yang tak lalu nak telan susu macam Asy.

Plus, Ostematrix ni masa kita tidur, dia berkerja untuk lancarkan sistem pembuangan tau.

Sebab tu, kalau sebelum tidur makan Ostematrix, memang akan rasa badan ringan je bila nak bangun. Bangin tidur pun on time dan dapat membuang dengan selesa.

5 # Amalkan Vita-Lea.


Vita-lea juga penting untuk diamalkan pada waktu pagi untuk bantu badan rasa cergas dan tak lemau untuk berkerja atau belaajr all the day.

Macam biasa, kalau nak Vita-Lea ke Ostematrix ke, roger Asy, okay? Klik je nombor telefon Asy bawah ni.

014 851 6241

Selamat mencuba 5 tips mudah dari Asy!

Luv,
Asyrafiah Sabri
Tidur Awal, Badan Cergas.

Tuesday, 18 July 2017

ASB Berwajah Baru!


Assalamualaikum wbt semua!

Untuk harini, Asy nak sharekan pengalaman mengahadapi "wajah baru" ASB.

Last month, Asy ada baca di FB rasmi Amanah Saham Bumiputera, yang mana admin ada terangkan yang masuk bulan Julai ni, ASB berwajah baru. Nak masukkan duit ke tak payah guna buku. Para pelabur ASB tinggal minta nombor akaun yang baru di kaunter ASB dan ejen-ejennya.

Masa baca ni, padia niiii. Tak faham.

Sampailah last week, mama ajak ke Pejabat Pos Rantau Panjang. Alang-alang kita tanyalah sekali pasal ASB kat pejabat pos tu kan?

Maka hasilnya adalah seperti berikut.

# Konsep Bookless #

Sekarang, ASB dah mansuhkan penggunaan buku pelaburan untuk sebarang transaksi. Haritu Asy masukkan duit dalam ASB, bagilah buku sebab tak tau prosedur baru.

Biasa kalau setakat masuk duit, dia takkan mintak IC. 

Prosedur baru ni, nak masuk duit, kena isi borang masuk yang warna biru tu & bagi IC sahaja. Buku tak payah. Bookless lah gitu.

# Dapatkan Nombor Akaun yang Baru #

Macam mana nak dapat nombor akaun yang baru? 

Macam Asy haritu masa masukkan duit tu first time guna khidmat ASB yang berwajah baru, jadi pada slip tu ada dicetak nombor akaun yang baru untuk digunakan pada transaksi lepas-lepas ni.

Boleh tengok gambar kat bawah ni.

Balance untuk first time guna cara baru ni, dia akan tulis tabgan je dulu.
Untuk nombor akaun yang baru pun, diorang akan bagi untuk kegunaan next transaction kita.

Untuk pengeluaran, Asy tak pasti macam mana sebab haritu masa nak masuk duit pun, petugas kaunter sangat tak mesra alam. Maaf cakaplah. 

Kita tanya, dia buat acuh tak acuh je. Bukannya nak ngorat dia pun. Kita nak tanya sebab nak bagi clear.

Banyak kekeliruan yang Asy nak clearkan tapi tak kesampaian. I'm seriously sigh. Dah lah nak tutup akaun punyalah payah gila!

Sakit rasa hati kalau teringat bagaimana orang kaunter tu layan. Sebab tu kalau ada urusan di pejabat pos, Asy prefer Pejabat Pos di Aeon Bukit Raja. Dia punya staf tu, ada sorang kakak ni, free-hair, specky tapi sangat-sangat-sangat mesra layan orang.

Okay, tercurhat pulak. Berbalik pada topik utama.

# Simpan Slip Transaksi Anda #

Bila dah jadi bookless ni, dia leceh jugaklah bagi Asy. Bukan apa, kau nak kena simpan resit tu dalam satu tempat khas. Asy ni suka style lama, transaksi yang dicatit dalam buku. Macam Tabung Haji, kan. Senang nak rujuk.

Makanya, Asy akan mula ikat slip-slip ASB dalam casing kat bawah ni. Mujur haritu pergi Shaklee dapat free, ada juga kegunaannya. Hehe.

Nin dia bendanya. Kita boleh tebuk slip ASB tu dan buh dalam sini.

Sebagai back-up, Asy simpan catitan transaksi secara softcopy juga. Perlulah sediakan payung sebelum hujan, kannnn.

Okay, sampai sini dulu perkongsian Asy tentang ASB. Kalau ada apa-apa info tambahan, Asy akan update ya!

Luv,
Asyrafiah Sabri
Pelabur ASB.

Friday, 14 July 2017

Tips Cepat Sembuh Luka Bersalin bagi Ibu Berpantang


Assalamualaikum wbt semua!

Zuriat adalah satu pinjaman Allah yang tidak ternilai. Bila dah ada zuriat, bukan sahaja kesihatan si bayi kena diambil kira, tetapi kesihatan ibu juga.

Berpantang secara sendiri bukanlah satu perkara yang luar biasa. Dah ramai rupanya yang amalkan berpantang sendiri tanpa bantuan ibu bapa. Bukan apa, risau membebankan kudrat ibu bapa yang sudah tidak seberapa.

Jadi untuk entri harini, Asy nak kongsikan apa dia makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu yang berpantang.

  • Kulit Ayam
Sebenarnya, kulit ayam ni bukan saja pantang pada ibu yang berpantang. Kita yang sihat pun tak boleh juga tau!

Sebab apa?

Kulit ayam ni dia mengandungi antibiotik, hormon atau racun yang memang susah nak musnah semasa kita masak kulit ayam ni.

Kesan kalau ibu mengandung ni makan kulit ayam, jadilah luka bersalin tu lambat nak sembuh, gatal dan boleh jadi sampai tahap bernanah-nanah tau!

Ngeri, kan?

Baik elak daripada jadi penyakit, ye dak?


  • Makanan Laut

Makanan laut ni macam biasalah, sotong, udang, ikan bawal dan lain-lain.

Sebab apa pulak tak boleh makan makanan laut ni?

Berkemungkinan, makanan laut ni mengandungi merkuri atau dioksin, yang mana kedua-dua ni boleh menjadikan luka bersalin tu jadi gatal dan memberikan kesan alahan yang teruk kepada ibu berpantang tu.

Selain daripada mengelakkan dua jenis makanan di atas, Asy sangat-sangat sarankan untuk ibu-ibu yang bakal berpantang supaya mewujudkan sebotol Vivix sebagai supplement tambahan untuk membantu luka cepat kering.

 Vitamin Keringkan Luka Bersalin
Inilah Vivix, si merah yang anggun dan berkhasiat!

Vivix yang sangat membantu dalam proses membaiki sel-sel yang baru selepas rosak memang sangat sesuai untuk diamalkan terutamanya kepada ibu yang berhajat mengeringkan luka dengan selamat dan semula jadi.

Apa Kata Mereka?

Testimoni 1 : Puan Zaleha Bersalin Secara Normal Menjadi Cergas,  Susu Meriah dan Jahitan Bersalin Pulih Kurang dari 10 Hari.


Testimoni 2 : Puan Zati Bersalin Secara Czer Amalkan Vivix, Muka Tak Pucat, Tak Rasa Letih dan Stress, Susu Meriah dan Luka Czer Cepat Sembuh!


Syoklah lepas bersalin pun cergas, luka pun cepat sembuh, kan?

Jadi kalau anda tercari-cari lagi apakah supplement sesuai untuk keringkan luka bersalin dengan bahan semulajadi dan membantu anda mengeringkan dalam masa yang singkat, Asy sangat-sangat mengesyorkan anda untuk consume Vivix.

Mesti ramai yang nak tau kan, harga Vivix ni. Meh Asy bagitau ye.

Kalau beli 1 botol, harga dia RM 475.00

Kalau beli 2 botol, harganya hanya RM 805.60

Paling syok, BELI 2 BOTOL VIVIX, PERCUMA YURAN KEAHLIAN YANG BERHARGA RM 68.90!

Fuh! Berapa banyak jimat daaaa.

Untuk konsultasi dan penerangan lanjut tentang Vivix, boleh hubungi Asy di 014 851 6241.

Luv,
Asyrafiah Sabri
Pencinta Vivix.

Thursday, 13 July 2017

Wanita, Ketahui Hakmu.

Assalamualaikum wbt.

Semalam Asy dengar sharing dari Ikim.fm, tajuk yang dikupas menepati citarasa Asy. Tentang menapis keborosan.

Tapi, harini Asy bukan nak kongsi tentang tips menapis keborosan. Asy nak kongsi sedikit tentang bagaimana wanita sebagai isteri harus nersedia menghadapi detik perpisahan dengan suami khususnya.

Asy yakin dan percaya dengan suci hati, bahawa tiada mana-mana wanita di dunia ini yang tak sabar-sabar diceraikan oleh suami melainkan atas sebab-sebab tertentu. Nauzubillah.

Setiap wanita yang bergelar isteri, yang dinikahi oleh lelaki pilihan hatinya lazimnya tulus mencintai suami sepenuh hati, percayalah.

Selepas berkahwin, suamilah kawan. Suamilah musuh. Suamilah tempat mengadu. Suamilah tempat bergaduh. 

Bukannya menolak kewujudan keluarga, ibu bapa, mertua dan adik-beradik. Cuma jika merujuk akad nikah itu, pihak terhampir diikat adalah suami dan isteri.

We fight. We argue. We love.

Saat Wanita Memilih Untuk Tetap Berkerja atau Menjadi Suri Rumah.

Ada sesetengah wanita, sebelum berkahwin dia berkerjaya. Tapi setelah kahwin, dia memilih untuk meninggalkan kerjayanya kerana mahu berbakti sepenuh masa mendidik generasi akan datang. Subhana Allah! Mulianya mereka!

Berapa banyak kegembiraan dikorbankan. Masa untuk bergelak ketawa dengan kawan-kawan. Masa untuk shopping. Menunggu wang gaji di hujung bulan.

Ada juga isteri yang mahu tetap berkerjaya, tapi suaminya minta untuk berhenti kerja dengan tujuan menjaga anak-anak di rumah.

Maka kewajipan suami ialah memberi nafkah ke atas isteri. Sama ada isteri berkerja atau tidak.

Persiapan Wanita Sebelum Ditinggalkan : Wang.

Ini bukanlah cakap atas dasar materialistik. Kalau anda baca sebagai kata ini materialistik, maka ustaz penyampai radio Ikim semalamlah yang materialistik kerana dia yang menyarankan begitu.

Soal materialistik, tolak tepi. Sekarang, kita perlu realistik. Ya, kembali ke dunia nyata. 

Jika kita ditinggalkan suami, sama ada melalui perceraian atau asbab kematian suami, berkemungkinan masa itu ibu bapa kita sudah tiada, pesan ustaz semalam.

Betul juga. Bukan kita saja yang menginjak usia, ibu bapa kita juga begitu. Bila anak peremouan mereka sudah berkahwin, ibu bapa merasa lega. Sekurang-kurangnya, ada yang boleh menjaga anak mereka bila mereka sudah tiada.

Di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Jodoh tidak berkekalan setelah puas bertahan atau pun pasangan terlebih dulu dijemput Illahi.

Menangislah si isteri. Hiba. Sedih. Rasa kosong, keseorangan. Anak di pangkuan menangis minta disusukan. Anak yang sudah besar minta diuruskan. Urusan naik ke mahkamah. Urusan dokumen untuk tuntutan harta. Macam-macam lagi nak mena selesaikan.

Sudahlah baru kehilangan suami. Diri sendiri tidak berkerja. Ibu bapa sudah tiada. Nah, ke mana tempat bermanja?

Wanita, Ketahuilah Hakmu.

Jika seorang wanita itu bercerai hidup atau bercerai mati dengan suami, maka wanita berhak mendapatkan perkara-perkara berikut :-

Harta sepencarian : Secara ringkasnya, harta yang kita berhak dapat sepanjang tempoh perkahwinan kita dan pasangan, tak kiralah isteri tu berkerja atau tak sepanjang perkahwinan. Jumlahnya ditentukan oleh mahkamah.

Faraid : (jika kematian suami). Isteri berhak mendapat 1/4 dari harta suami (jika tiada anak) dan 1/8 dari harta suami (jika ada anak).

Hibah : (jika bercerai hidup). Hibah maksudnya hadiah. Mungkin si suami pernah menyatakan beliau mahu hadiahkan.

Insurans : Kalau syarikat insurans lain Asy tak pasti polisi mereka. Kalau Takaful Prudential, jika suami meninggal, isteri berhak mendapat sejumlah wang, hibah dari syarikat takaful kalau tak silap.

Mutlah : saguhati kepada wanita yang bercerai.

Nafkah Semasa Eddah : Suami wajib memberikan nafkah eddah dan juga tempat perlindungan sepanjang tempoh bereddah bagi bekas isterinya. Dalam tempoh eddah, jika berlaku rujuk, mohon mahklumkan pada mahkamah untum dicatat.

Ini secara ringkas dan setakat apa yang Asy ingat. Rindu membuak-buak pula dengan dunia law. Bila rezeki nak bertandang dalam dunia law ya. 😩😩😩

Terima kasih semua kerana membaca. 

Oh ya. Asy mohon doa dari semua, semoga doakan Asy dan suami kekal bahagia bersama pasangan hingga ke syurga. 💗

Wednesday, 12 July 2017

6 Jenis Vitamin yang Diperlukan Untuk Kekal Cergas



Assalamualaikum wbt

Asy rasakan, semua orang tahu. Nak sihat, kena jaga pemakanan. Makan makanan yang seimbang. Nak sihat kena bersenam, paling-paling kurang 2 ke 3 kali seminggu. Tapi, ramai orang yang tolak satu perkara, iaitu VITAMIN. 

Tak ramai yang tahu, kalau nak sihat ni perlukan juga vitamin. Biasanya mereka-mereka akan cakap,

"Vitamin ni menipu je. Kalau ko jaga makan pun dah sihat."

"Buat apa nak vitamin-vitamin? Senam nanti kuruslah!"

Dan macam-macam lagi sebab orang tolak vitamin. Sebelum tolak vitamin, anda tahu tak kenapa kita perlukan vitamin?


Jadi untuk hari ni, Asy nak share tentang apa vitamin Shaklee yang sesuai untuk bantu badan kita kekal cergas.

1# Vita Lea

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a76650df1a9ed5ae6c11bce464aa2710
  • Mengandungi multi-vitamin untuk bantu lengkapkan vitamin-vitamin yang kurang dalam badan kita.

  • Membekalkan tenaga untuk cergas sepanjang hari.

  • Membantu menstabilkan kadar metabolisme badan.

  • Vita Lea juga turut membantu melindungi organ dalaman badan, seperti buah pinggang, jantung, hati.

  • Aktif dalam pertumbuhan dan penggantian sel dalam badan. 

2#   Vita-C

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c294ae34401cdab1ff1f3daf47ec7fc2
  • Well-known bahawa Vita-C Shaklee sangat berbeza dengan vitamin C brand lain kerana dilepaskan vitamin tersebut secara berperingkat, untuk bantu badan serap vitamin C dengan baik.

  • Vita-C juga membantu tingkatkan imun yang rendah nak defend diri dari penyakit-penyakit.

  • Bukan Vita-C lah kalau dia tak berfungsi untuk bina kolagen dalam badan, ye dak?

  • Selain itu, Vita-C juga perlu untuk menyokong kesihatan untuk otot, tisu dan saluran darah.




3#   B-Complex


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=80e3536ee193b1519fdbf2da3ff5f84f
  • B-Complex ni secara general adalah membantu melancarkan perjalanan darah. Kita hari-hari akan benda yang buat kita stress, betul tak? Tak kiralah benda tu kecil ke besar ke, tetap akan buat kita stress.

  • Selain itu, B-Complex ni Asy jadikan pengganti kepada Panadol. Sebab B-Complex ni berfungsi sebagai "pain killer" gitu.

4#    Omega Guard

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b5641cd52206b351965ff0cb0e4aff6c
Minyak ikan yang terbaik dibekalkan untuk pengamal-pengamal Omega Guard sahaja.

Kandungan dalam Omega Guard ni bantu bakar lemak-lemak dalam badan. Kalau banyak lemak, tak fit lah khennnn.
 
Oh ye! Minyak ikan ini bantu kita jaga jantung dan sebagai langkah awal ikhtiar untuk elak kanser. memang menakutkan sebab kanser tak kenal usia tau!

5#    Ostematrix

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=3fc4da65247af7ffd942e8ba951710e7

Kalau Asy, Asy lebih senang meWAJIBkan diri dan suami telan kaplet Ostematrix ni sebab Ostematrix ni dia akan memainkan fungsi utamanya untuk recover balik segala otot, sendi, tulang yang dah penat berkerja sepanjang hari masa tidur.

Paling best, bila makan Ostematrix ni, bila bangun agi rasa badan ringan, rasa cergas dan tak susah nak bangun tidur.

6#   Vivix

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b66b4b5b53115f28761c81347ef3d89d


Last but not least, Vivix. Permium produk dalam Shaklee yang diakui keberkesanannya. Insya Allah sangat membantu kita kekal cergas.

Orang berpantang pun boleh minum Vivix, tak ada masalah. Laaaagi digalakkan sebab Vivix sangat membantu bagi ibu-ibu berpantang ni tak lesu, tak lemah dan bertenaga. Al-maklumlah, ibu-ibu ni ada yang berpantang sendiri, jadi banyak tugasan rumah nak kena buat juga walaupun berpantang, kan?



Setakat ini dulu Asy kongsikan dengan anda semua.

Oh ya. Perlu diingatkan, untuk kosultasi yang lebih terperinci atau nak buat sebarang pembelian, boleh terus berhubung dengan Asy di

014 851 6241.

Luv,
Asyrafiah Sabri
Kekal Fit dengan Shaklee